SEJARAH MARY KAY ASH...

Monday 15 August 201613:20


         
Siapa yang tak kenal dengan nama Mary Kay Ash? seorang wanita hebat yang mana nama asalnya Mary Kathlyn Wagner , kelahiran Hot Wells , Texas , 12 May 1918 merupakan salah satu Pengusaha Wanita terkenal di dunia . Dia adalah seorang pengusaha kosmetik yang berjaya di abad ini dan menjadi pelopor seorang usahawan wanita yang berjaya di dunia.

Kerjaya Mary Kay Ash bermula dengan bermodalkan wang $ 5000 yang berasal dari simpanan beliau sendiri pada tahun 1963 . Di usianya yang ke 45 tahun , dia bersama anaknya Richard Rogers membuka usaha kecil di Dallas dengan membeli sebuah formula untuk body lotion. Dia mencipta produk kosmetiknya sendiri . Dia memulakannya dengan di bantu oleh 9 orang pekerja yang bekerja untuknya . Mary Kay Ash selalu memanggil para pekerjanya dengan sebutan " perunding " . Dia pun memberikan peluang untuk para pekerjanya untuk boleh mendapatkan keuntungan dari prestasi yang mereka capai . Dan sekarang, dengan 35 pasaran di seluruh dunia, dan lebih dari 350,000 perunding , Mary Kay Inc. sekarang membuat lebih dari $ 1 bilion jumlah jualan di 19 negara yang berbeza .


Sebagai seorang umat kristiani yang taat , dia mempunyai PRINSIP yang menjadi pegangan dirinya , iaitu : GOD FIRST , FAMILY SECOND , and CARREER THIRD . Hal inilah yang menjadi salah satu sebab mengapa syarikatnya semakin boleh berkembang. Dia selalu menanamkan prinsip itu kepada seluruh pekerjanya. Dengan caranya ini dia berjaya memotivasi wanita lain untuk turut memperolehi kejayaan dengan usahanya sendiri yang sangat berguna untuk dirinya sendiri , kewangan , serta keluarga mereka masing-masing.

Pada tahun pertama, jualan yang diperoleh dari syarikatnya itu mencapai hampir 1juta produk.Dia menjualnya melalui melalui beberapa pameran-pameran kosmetik, dan acara acara lain .Salah satu yang menarik dari strategi perniagaannya adalah dengan pemberian insentif. Dia memberikan penghargaan yang berbeza-beza terhadap segala strategi jualan dan prestasi yang telah di capai oleh para perunding. Contohnya : " pink Cadillacs " di berikan untuk seorang " Top Sales Directors ". Kemuadian ada " Diamond Bee Pins " yang di berikan pada setiap Perunding wanita yang selalu melakukan jualan yang terbaik .

Dalam perjalanan kariernya , Mary Kay Ash memperoleh banyak penghargaan , salah satunya dalam Fortune Magazines, syarikatnya di masukkan ke kategori "The 100 best companies to work for in America". Syarikat beliau pun dinobatkan sebagai salah satu dari sepuluh syarikat terbaik yang boleh menggaji wanita di dalamnya "Equal Justice Award" dari sebuah Mahkamah Undang-undang di daerah Texas pada tahun 2001 . "Most Outstanding Woman in Business in the 20th Century" dari Lifetime Television pada tahun 1999 . Dan yang terbaru adalah "One of the 25 Most Influential Business Leaders of the Last 25 Years" oleh PBS dan "The Wharton School of Business".

Selain menjadi Pelopor kosmetik, dia pun banyak menulis buku, baik mengenai autobiografinya, sehingga tentang motivasi untuk wanita dalam menjalankan usaha sendiri, Ada 3 buku terlaris yang dia tulis semasa hidupnya, iaitu yang pertama, tentang biografi beliau dan telah terjual sebanyak 1 juta unit. Yang kedua berjudul " Mary Kay on People Management " yang bertemakan tentang falsafah perniagaannya sendiri dan telah di pakai oleh Harvard University untuk pelajaran Perniagaan. Dan yang Ketiga, " You Can Have it All" yang menjadi 'best seller' ketika pertama kali di lancarkan.

Mary Kay Ash akhirnya meninggal pada 22 November 2001, di Dallas, Texas. Saat ini syarikat kosmetiknya telah menjadi Syarikat yang berkembang di seluruh dunia dan dia di kenang sebagai pelopor perniagaan bagi wanita yang mencipta peluang baru bagi mereka untuk mencapai kejayaan kewangan .

Berikut adalah petikan dari tulisan Mary Kay Ash yang cukup memberi motivasi bagi kita seorang wanita untuk mampu menjalankan perniagaan :

"Jangan hadkan diri anda. Ramai orang menghadkan diri mereka kepada apa yang mereka fikir mereka boleh lakukan. Anda boleh pergi sejauh yang fikiran anda membolehkan anda. Apa yang anda percaya, ingat anda boleh dicapai."


"Adakah anda tahu bahawa dalam kuasa anda terletak setiap langkah yang anda pernah bermimpi untuk loncatan dan dalam kuasa anda terletak setiap kegembiraan anda bermimpimelihatDalam diri anda terletak semua yang anda pernah bermimpi menjadiMenjadi segala yang Tuhan mahu anda menjadi. Ia adalah dalam jangkauan anda. Berani untuk berkembang menjadi impian anda dan mendakwa ini sebagai moto anda:.!!



Sumber:


http://www.marykay.com/default.aspx

http://www.marykaytribute.com

http://www.financial-inspiration.com/Mary-Kay-Ash-biography.html

http://entrepreneurs.about.com/od/famousentrepreneurs/p/marykayash.htm

http://www.biography.com/people/mary-kay-ash-197044 

No comments

Post a Comment

Advert

Advert